Make your own free website on Tripod.com


Sebahagian besarnya tidak lah begitu sukar untuk membina antenna VHF Peng-arah omni yang memiliki 6dB gain. Antenna "Slim-Jim" adalah yang tidak kurang popular tetapi gain nya hampir lebihkurang 1.7dB sahaja Oleh itu antenna colinear VHF 6db gain adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian.

Lakaran diatas menunjukkan pembinaan asas. Namun tiada sebarang teknoloji baru yang diperkenalkan, sepertimana memasang "half-wave" keatas sesuatu platform adalah biasa. Manakala Marconi dan Franklin juga mencipta teknik yang hampir serupa, tetapi Marconi lebih menumpukan kepada capacitive coupling diantara elemen antenna dimana Franklin mengesyorkan 1/4-wave stubs dalam perubahan yang ringkas dan komplek (rujuk Antenna Engineering Handbook by Jasic). Antenna ini lebih menuruti kepada pendedahan Franklin , tetapi menggunakan 4mm rod aluminium tumpat, disokong oleh blok nylon yang boleh diperolehi dengan mudah dari kedai runcit atau pasar malam atau dari dapur (sekiranya isteri anda tidak menyedarinya). Setiap elemen dibuat pengiraan 1/2-panjang gelombang (1030mm) manakala blok nylon adalah 2" (5cm) atau lebih panjang. Rod aluminium dibengkokkan menjadi dua selari , 5cm dimana keduanya bersambung dihujung . Dua elemen ini diperkemaskan supaya lurus dan dibantu dengan blok nylon.

Saya tidak tunjukkan dimensi blok nylon tetapi masuk terus ke dalam gambar pertama dimana anda dapat melihat bagaimana ianya dilaksanakan. Ianya bergantung kepada saiz apa yang hendak anda gunakan. Mungkin anda gunakan kayu sebagai pengalangnya, walau apapun stub nya pasti 1/4-wave , tidak dikira bahagian yang dibengkokkan.

Masukkan spacer terlebih dahulu sebelum anda menekan-muat kesemuanya sekali (using a little brute force). Lubang menegak dan melintang pada hujung blok mestilah mempunyai sambungan pengalir letrik diantara stub dan  elemen. Saya menggunakan sedikit wayar ferrous (dimana ianya akan melekat pada magnet) kepada kaki komponen , dicucuk menembusi lubang dan menghasilkan contact yang baik antara nya. Umumnya tembaga diasingkan dari aluminium dalam skel atom, oleh itu pada masa ini, anda akan mendapati corrosion antara logam anod dan  cathod. Sekiranya anda belum mengetahui , kebanyakan perintang (resistors) dan capacitors menggunakan wayar ferrous , cuba ambil magnet dan test . Blok nylon amat sesuai sekali untuk menyokong elemen-elemen sekalipun dalam angin yang kencang.

Sambungan dibuat 15cm (6") dari hujung stub. Stub disambungkan dengan 50-200 ohm coaxial cable (unbalanced) kepada  balun (balanced). Menggunakan RG58 atau URM76 panjang nya akan membentuk loop iaitu balun kira-kira 0.33 x panjang gelombang. 1/2 panjang gelombang akan menghasilkan radiasi elemen untuk 145 MHz adalah 1030mm dan panjang coaxial balun sepatutnya 345mm (atau lebihkurang)

Saya telah membaca beberapa artikel yang disiarkan menggunakan antenna jenis ini dibuat menggunakan paip tembaga, tetapi saya fikir adalah lebih baik saya menggunakan kaedah yang lebih menjimatkan sama ada dari segi kewangan atau kesesuaian. VSWR? Tidak perlu...! Saya tak perlu membuat tuning, hanya pada masa pemasangan antenna sahaja...!!


[ Homebrew ] [ Homepage Utama ]