Make your own free website on Tripod.com


Bahan - bahan

3 camca besar ketumbar biji
1 camca besar lada hitam
2 cm kulit kayu manis
1 camca besar jintan kasar
2 bunga lawang
Semua bahan diatas dibasuh bersih,dijemur kering dan dikisar halus

1 camca besar halba
1camca besar biji sawi
6 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
2cm kulit kayu manis
2 cm halia dihiris
2 cm kunyit hidup ditumbuk halus
10 ulas bawang merah ditumbuk halus
6 ulas bawang putih dihiris dan ditumbuk halus
1 camca belacan ditumbuk halus
1 camca besar udang kering ditumbuk
2 camca besar ikan bilis ditumbuk
150gm udang kecil
2 camca besar kerisek kelapa
1/3 cawan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit Minyak untuk menumis
 

Bahan-bahan sayuran

2 biji timun dibuang tengahnya, dikerat sepanjang 3cm dan direndam didalam air garam sebentar
2 batang lobak dikerat sepanjang 3cm
4 cili merah dan hijau dibelah dua
2 labu bawang besar dibelah empat
 

Cara-cara membuat
 

  1. Panaskan minyak didalam kuali dan tumiskan halba, biji sawi, rempah penumus ( pelaga, lawang dan kulit kayu manis ) bawang merah, bawang putih, kunyit, belacan dan halia .Gorenglah sampai wangi
  2. Setelah itu masukan udang basah, udang kering dan ikan bilis digoreng sampai wangi.
  3. Masukan timun serta sayur-sayuran yang lain bersama-sama rempah yang dikisarkan
  4. Gaulkan sayur-sayur ini bersama kerisek, cuka ,garam dan gula dan dimasak 5 minit lagi

    NOTA: Acar ini sebaik-baiknya disajikan sehari selepas disediakan untuk
                 mendapat rasa yang lebih enak

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .