Make your own free website on Tripod.com


 
Bahan - bahan ;

300gms sayur Asparagus
400gms daging 'potong pinang'dihiris nipis
 

Bahan-bahan untuk di Perap (A)

2 camca besar kicap manis
1 camca besar air halia muda
2 camca besar sos tiram
1 camca besar tepung jagung
2 camca kecil gula halus
3 ulas bawang putih dicingcang halus
1 camca besar serbuk lada hitam

-------------------------------------------------

Minyak untuk mengoreng
1 camca besar bijan yang digoreng
1 biji cili merah dihiris nipis untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, bawang dan lobak untuk hiasan.
 

Cara-cara membuat

  1. Didalam mangkuk gaulkan daging bersama-sama bahan (A) dan diperap selama satu jam.
  2. Susunkan Asparagus didalam pinggan lalu dikukus selama 5 minit
  3. Sementara itu panaskan Minyak didalam kuali, gorengkan daging tadi sambil disusun selapis-selapis. Goreng seminit sahaja kedua bahagian daging tadi sambil dibalik-balikan.
  4. Susun Asparagus didalam pinggan dan hiaskan daging dibahagian atas bersama-sama cili, daun ketumbar, bawang dan lobak. Tabur bijan diatas.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |   

Copyright 1999-2001 Technicians .