Make your own free website on Tripod.com


Bahan - bahan ;

6 keping roti 'wholemeal' dipotong 3 setiap keping
500gm isi udang ( jenis kecil dan segar ) disejukan didalam peti sejuk selama 3 jam
6 biji sengkuang air dihiris dadu
3 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 biji cili merah dicincang halus
2 biji telur putih
batang lobak didadu sekecil yang boleh
6 biji cendawan cina dihiris nipis
camca kecil minyak bijan
1 camca kecil serbuk lada putih
1 camca besar sos ikan
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
4 camca besar bijan untuk hiasan
 

Cara-cara membuat

  1. Didalam alat pengisar makanan, mesen isi udang bersama telur putih, garam, gula, serbuk lada putih, sos ikan dan minyak bijan.
  2. Masukan kedalam mangkuk lalu digaul bersama bahan-bahan yang lain sampai sebati.
  3. Ambil sekeping jejari roti dan letakan seekor udang dihujung roti. Bersama-sama pisau sapukan adunan udang setebal 1 cm. Taburkan sedikit biji bijan diatas dan digoreng sampai kuning emas dengan api yang sederhana panas. Hidangkan panas-panas bersama sos Cili

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .