Make your own free website on Tripod.com


Bahan - bahan

10 keping tauhu
Timun 2 batang dihiris nipis
200gms taugeh dicelor
Minyak untuk digoreng
 

Bahan-bahan untuk kuahnya

600gms kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar
15 biji cili padi
15 ulas bawang putih
4-6 camca besar gula melaka
5 camca besar kicap pekat
3 camca besar cuka ataupun Asam Jawa secukup rasa asamnya
Air panas secukupnya.
 

Cara-cara membuatnya

  1. Didalam alat pengisar makanan, kisar bawang putih, cili padi sehingga lumat bersama kacang.
  2. Salinkan kedalam mangkuk dan digaulkan gula melaka, kicap manis ataupun cuka secukup rasa. Tambahkan air. Kuahnya mesti cukup manis, pedas dan masam.
  3. Sementara itu goreng tauhu di dalam minyak selama 3-4 minit sampai kuning. Keluarkan dan potong empat segi.
  4. Susunkan di atas pinggan dan taburkan taugeh serta timun di atas. Tuangkan kuah kacang dan sajikan

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .