Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahan;

1 sudu besar sos tiram                            }
3 keping dada ayam dihiris kasar-kasar   }
4 sudu besar tepung jagung                     }  semuanya digaul sebati dan digoreng
1 sudu kecil sos ikan                               }
1 biji telur - dipukul                                 }
Minyak secukupnya
2 sudu kecil sos tiram
3 ulas bawang putih dicincang halus
1 cm halia dihiris nipis-nipis
cawan sos cili Thai
6 biji cili padi - dihiris
2 batang serai
4 helai daun limau purut
Segenggam daun selasih
2 biji terung - dipotong lebar-lebar dan digoreng sampai lembut
1 sudu besar madu
Air dari limau kasturi
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil sos ikan


Cara-caranya;

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia, serai dan cili padi.

  2. Apabila naik wangi, masukkan ayam, sos cili Thai, sos tiram, madu, sos ikan dan masak selama 2 minit.

  3. Masukkan terung, daun limau purut, daun selasih, air limau kasturi. Gaulkan rata sebelum disajikan

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .