Bahan-bahan;

Pastri Philo - 1 peket
200 gm mentega di cairkan
10 tangkai daun bawang
2 kilo bayam - diasingkan daun dari batangnya.
2 biji telur ayam - dipukul
4 ulas bawang putih
¼ camca kecil serbuk buah pala
1/3 cawan daun parsli yang dicincang halus
1 kotak keju "Feta"
Garam dan serbuk lada hitam
1 keping dada ayam - didadu kecil
1 camca besar bijan
Minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar - didadu


Cara-caranya;

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan ayam.

  2. Setelah masak masukkan bayam, garam, dan lada hitam.

  3. Alihkan bayam ke dalam mangkuk. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan telur, keju, parsli dan daun bawang. Gaulkan rata.

  4. Sementara itu potongkan pastri philo empat segi, lebih kurang 5 inci lebar. Sapukan mentega dengan menggunakan berus pastri diserata pastri phyllo tadi. Selepas itu lapiskan sekeping philo lagi dan ulangilah proses ini selama 4 ke 5 kali.

  5. Sudukan inti bayam, gulungkan rapat dan sapukan lagi mentega cair diatasnya. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180°C, selama ½ jam sampai kuning dan garing

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright © 1999-2001 Technicians .