Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahan;

500 gm daging kambing bahagian peha - di potong lebar-lebar
3 biji bawang besar - dihiris bulat
4 ulas bawang putih - dicincang halus
1 sudu kecil koma-koma (saffron)
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu camca besar paparika
2 biji cili merah - dicincang lumat
2 cm halia - dicincang lumat
2 camca kecil serbuk kunyit
2 batang lobak merah - dipotong lebar-lebar
2 batang zuchinni - dipotong lebar-lebar
1 batang terung - dipotong lebar-lebar
1 biji lada capsicum merah
1 cawan kacang putih mata hitam
4 biji tomato - dibelah empat
Segenggam daun parsli - dicincang halus
Segenggam daun ketumbar - dicincang halus
Couscous secukupnya
100 gm mentega
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-caranya;

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, halia, bawang besar dan daging kambing sampai ianya bertukar warna coklat sedikit dan bawang mula kuning.

  2. Masukkan semula rempah ratus dan buah tomato lalu dimasakkan sebentar lagi. Tuangkan air secukupnya, masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu buat beberapa minit sebelum dimasukkan sayur-sayuran yang lain, daun parsli dan ketumbar.

  3. Tambahkan garam dan hidangkan daging ini bersama couscous yang telah siap dikukus.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .