Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahan;

1 ekor ikan siakap dicuci bersih, dibuang perutnya dan dikelar-kelar.


Bahan-bahan Sambal Percik;

2 cm halia
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 batang serai dimesin sampai lumat
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili merah
3 cawan santan pekat (dari biji kelapa yang diparut)
Jus dari sebiji limau nipis atau lebih
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Beberapa helai daun pisang
2 helai daun pandan
Sekeping kertas timah (Aluminum Foil)
2 biji cili merah untuk hiasan di atas ikan


Cara-caranya:-


  1. Panaskan minyak dan tumis rempah-rempah yang dimesin sampai wangi. Masukkan santan dan masak perlahan-lahan sampai ianya pekat. Masukkan garam, gula dan asam limau.

  2. Letakkan ikan yang beralaskan daun pisang & daun pandan diatas kertas timah dan sapukan kuah percik di rata-rata ikan. Bungkus rapat-rapat dan dibakar pada suhu 180C selama 20 minit sampai masak.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .