Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahan;

3 biji lada capsicum berwarna hijau
3 biji lada capsicum berwarna merah
300 gm daging kambing - dikisar halus
2 biji bawang besar - didadu kecil
1 sudu besar herba Tarragan
150 gm daun ketumbar - dicincang halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
150 gm daun bawang - dihiris nipis
1 camca besar herba Dill
2 helai daun Bay
3 sudu besar puri tomato
2 cawan beras yang direbus separuh masak dan ditoskan airnya.
Minyak untuk memasak
Garam dan lada hitam secukup rasa.

Bahan untuk sos:
5 camca besar sos tomato
5 camca besar sos cili
2 camca besar cuka cider
4 camca besar minyak sawit
1 cawan air sejuk

Cara-cara membuat sos;

  1. Campurkan semua bahan-bahan kedalam periuk dan biarkan mendidih selama 10 minit
  2. Tuangkan sos ke dulang pembakar yang berisi cili tadi.


Cara-caranya;

  1. Tebukkan lada di bahagian atas dan dikeluarkan bijinya.

  2. Panaskan sedikit minyak dan di tumis bawang sehingga layu.

  3. Masukkan daging kisar, kunyit serbuk dan semua bahan herba dan di goreng sebentar.

  4. Masukkan puri tomato, daun bawang, daun ketumbar dan beras. Kacau rata.

  5. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.

  6. Isikan inti kedalam lada dan susun didalam dulang pembakar. Tuangkan sos tomato lalu dimasak didalam oven selama 40 minit lagi pada suhu 180C. Hidangkan panas dengan disirami sos selebihnya di atas.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .