Make your own free website on Tripod.com


(Kang Kao Puek)

Bahan-bahan;

cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam
4 sudu besar minyak
4 sudu besar butter
4 sudu kecil gula
1 cawan isi ubi keladi - dikukus dan dilenyek

Inti

1 cawan kelapa parut
cawan isi udang - dicincang
1 sudu besar akar ketumbar dan lada hitam - dimesin
1 sudu besar daun limau purut - dicincang halus
1 sudu besar minyak
sudu kecil gula dan garam - sebagai perasa

Sos

2 biji cili merah dikisar halus
1 biji bawang merah
1 sudu besar garam
4 sudu besar cuka
2 sudu besar gula
1 biji timun (kecil) - dipotong empat dan dihiris

Cara-caranya;

  1. Campurkan tepung gandum dan ubi keladi, uli hingga sebati. Bentukkan adunan seperti bebola sebesar 1 inci dan letakkan di dalam bekas. Tutupkan bekas dengan kain muslin lembab dan ketepikan.

  2. Campurkan kelapa parut dengan isi udang.

  3. Panaskan minyak dan goreng isi udang dan akar ketumbar dengan lada hitam sehingga masak. Masukkan gula dan garam. Taburkan daun limau purut dan kacau hingga sebati. Kemudian angkat dan biarkan ia sejuk.

  4. Masukkan bahan-bahan sos ke dalam periuk dan didihkan sehingga gula dan garam larut. Angkat apabila kuah telah pekat.

  5. Masukkan inti yang telah digoreng tadi ke dalam bebola keladi. Goreng di dalam minyak panas sehingga menjadi keemasan

  6. Sajikan oleh-oleh keladi dengan sos timun yang telah disejukkan

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .