Make your own free website on Tripod.com


(Meehoon Berkuah dari Kampuchea)

Bahan-bahan;

3 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih - dikisar lumat
15 batang cili kering
2 cm belacan
Minyak secukupnya
2 peket kecil serbuk kari (udang, ketam dan ikan)
Santan pekat dari 2 biji kelapa (semangkuk besar)
cawan sos ikan atau lebih sedikit
1 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar
500 gm isi ikan merah dipotong nipis-nipis
Isi ketam daripada 4 ekor ketam yang direbus dahulu
Air limau (3 biji limau)


Bahan-bahan untuk disajikan bersama;

300 gm Meehoon dicelurkan
2 batang timun dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis
200 gm kacang panjang mentah dihiris nipis-nipis
200 gm taugeh dibuang hujungnya dan disajikan mentah
3 ikat daun kesum dicincang halus
30 biji telur puyuh rebus dan dikupas
6 keping 'fish cake' digoreng dan dihiris nipis-nipis


Cara-caranya:-

  1. Panaskan minyak didalam periuk. Gaulkan rempah kari dengan sedikit air supaya sebati. Apabila minyak panas tumiskan bahan-bahan A sampai ianya kuning. Pada api yang sederhana, masukkan rempah kari tadi dan digoreng sampai ianya wangi. Setelah itu masukkan santan cair dan didihkan 10 minit lagi.

  2. Setelah itu masukkan santan pekat, dibiarkan mendidih. Sebelum dimasukkan isi ikan merah serta isi ketam dan sos ikan serta sedikit gula dan juga kacang tumbuk. Biarkan mendidih perlahan-lahan 5 minit lagi. Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. (Setelah dirasa barulah ditambahkan garam, gula ataupun air limau lagi jika perlu).

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .