Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya :

1 cawan daging ayam
2 camca besar yogurt (plain)
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
10 helai daun pandan (secukupnya)
Minyak masak untuk menggoreng

Untuk diperap:

1 camca besar minyak bijan
2 sudu teh gula
2 sudu teh serbuk lada sulah
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar bawang putih (ditumbuk)

Sos:

1 cawan gula nira (palm sugar)
cawan cuka
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh halia (ditumbuk)
1 camca besar bijan
 

Cara-caranya:
 

  1. Campurkan bawang putih dengan lada sulah dan tumbuk hingga halus.
    Campurkan dengan sos cili, sos tiram, yogurt dan daging ayam.
     
  2. Campurkan 1 sudu besar kicap pekat, gula dan minyak bijan hingga sebati.
    Perap selama satu jam.
     
  3. Balut daging ayam dengan daun pandan dan sematkan dengan lidi supaya balutan tidak tertanggal.  goreng dalam minyak yang banyak selama 10 minit.
    Angkat dan hidangkan dengan sos
    .


Sos

Campurkan bahan-bahan untuk sos sehingga sebati dan taburkan bijan.
Perasakan untuk mendapatkan rasa masam-masam manis dan hidangkan

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .