Make your own free website on Tripod.com

Bahan - bahannya :

4 camca besar Minyak masak
Sedikit rempah penumis (pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang)

4 helai daun kari           }
2 biji bawang besar      }
2 cm halia                    } dikisar halus
4 ulas bawang putih     }
6 ulas bawang merah   }

2 camca besar serbuk ketumbar     }
3 camca besar serbuk cili               }
1 camca besar jintan halus              } disatukan
1 camca besar jintan kasar             }
1 camca besar serbuk kunyit          }
1 camca kecil serbuk cengkih         }

1 kg daging dan tulang kambing - dipotong sederhana lebar.
2 cawan kacang kuda (direbus sampai lembut dan bahagian dimesin lumat)
1 tin buah tomato diramas halus
1 batang zuchinni dipotong lebar-lebar
2 biji terung bulat
1 batang carrot
3 biji ubi kentang
10 batang kacang panjang
10 biji kacang bendi
1 biji lada capsicum hijau
1 biji lada capsicum merah
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan dan bawang goreng.

 

 

Cara-caranya:
 

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar.
    Bila kuning, masukkan bahan-bahan rempah.
    Tumis pada api yang sederhana sampai wangi sebelum dimasukkan daging kambing.
    Kecutkan selama 10 minit.
     
  2. Maukkan tomato, air secupnya dan masak selama jam hingga daging empuk.
    Setelah itu masukkan sayir-sayuran (keras dahulu, sampai empuk, baru dimasukkan sayuran yang lembut)
     
  3. Masukkan asam keping, kacang kuda, garam dan gula.
     
  4. Apabila semua bahan-bahan sudah masak, sajikan bersama-sama daun ketumbar dan bawang goreng.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .