Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya :

375 gm daging batang pinang
1 biji bawang besar – dicincang halus
1 batang serai – ditumbuk halus
4 cm lengkuas – ditumbuk halus
2 sudu the gula
1 sudu the garam
Minyak masak untuk menggoreng
4 biji bawang merah – dihiris
2 biji cili merah – dihiris
2 biji cili hijau – dihiris
 

Cara-caranya:
 
 

  1. Hiris daging dan sejat hingga ianya betul-betul kering.
     
  2. Gaul daging bersama bawang besar, serai, lengkuas, gula dan garam.
     
  3. Jemur daging selama 30-40 minit pada panas terik atau bakar pada suhu 200șC di dalam ketuhar selama 20 minit.
    Pastikan daging diterbalikkan sesekali.

     
  4. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng bawang merah hingga garing.
    Angkat.
     
  5. Gorengkan daging sedikit demi sedikit hingga garing.
     
  6. Hidangkan daging bersama cili hiris dan bawang goreng

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright © 1999-2001 Technicians .