Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya

150 gm sengkuang
150 gm timun
100 gm taugeh
1 biji tauhu
1 biji telur
2 biji ubi kentang
2 keping cucur udang
 

Bahan-bahan Untuk Cucur Udang

2 cawan tepung gandum
cawan tepung beras
1 sudu teh tepung penaik
1 biji telur
1 sudu besar air garam
sudu teh air kapur
3 sudu teh udang kering
3 tangkai cili kering
2 cawan air
 

Cara-cara membuatnya
 

  1. Goreng cili kering tanpa minyak hingga garing dan kisar lumat.
     
  2. Gaul bahan-bahan dan cili kering sehingga sebati.
     
  3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan tadi dengan menggunakan senduk.



Bahan-bahan Untuk Kuah

6 biji bawang merah
2 biji bawang besar
2 sudu the serbuk cili
tangkai cili kering
4 biji ubi keledek
100 gm kacang tanah
cawan gula merah
1 cawan air asam jawa
1 cawan air
3 sudu the bijan
Garam dan gula secukup rasa
 
 

Cara-cara membuatnya
 

  1. Goreng cili kering tanpa menggunakan minyak kemudian kisar bersama bawang merah dan bawang besar hingga halus.  Kemudian  goreng bijan (tanpa minyak) hingga kekuningan.
     
  2. Goreng kacang tanah hingga ianya mengeluarkan bau.  Kemudian kisar hinga halus.
     
  3. Masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk, kemudian masukkan ubi keledek, air asam jawa, gula merah dan garam.  Masak di atas api yang perlahan selama lebih kurang 15 minit.
     
  4. Apabila kuahnya pekat, barulah dimasukkan bijan.



Cara-caranya
 

  1. Celurkan taugeh hingga menjadi lembut.
     
  2. Goreng tauhu, telur dan ubi kentang secara berasingan.
     
  3. Potong tauhu, ubi kentang, telur sengkuang, timun dan cucur udang megikut saiz yang dikehendaki.  Sajikan bersama taugeh dan kuah yang telah disediakan

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .