Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya :

Untuk bahagian sponge:
1 camca kecil ragi kering     }
cawan air suam               } digaul sebati & dibiarkan kembang 45 minit
cawan tepung gandum serbaguna }

Untuk bahagian doh:

1 camca kecil ragi kering
1 cawan air suam
3 camca besar minyak zaiton
2 cawan tepung gandum serbaguna
cawan tepung gandum jenis “wholewheat”
2 camca kecil garam

Topping:

2 ulas bawang putih – didadu
biji bawang besar di hiris nipis
1 batang terung – didadu kecil
1 biji lada capsicum merah – didadu
2 camca besar pes tomato
2 biji buah tomato – didadu
1 camca kecil herba basil
Garam dan serbuk lada hitam
Sedikit Minyak masak untuk menggoreng
 

Cara-cara membuat topping:
 

  1. Panaskan Minyak masak, gorengkan bawang besar, bawang putih serta herba Basil.  Masukkan sayur-sayuran yang didadu, pes tomato, garam, gula serta lada hitam.
     
  2. Masukkan sedikit air, jika perlu dan masakkan sehingga terung lembut.
    Padamkan api dan sejukkan sebelum diletakkan ke atas roti.


Cara-caranya:
 

  1. Satukan ragi dan air suam dan minyak zaiton ke dalam adunan ‘sponge’.
    Masukkan garam dan gunakan senduk kayu untuk mengacau.
     
  2. Perlahan-lahan masukkan tepung sedikit semi sedikit dan gaul hingga sebati.
    Letakkan ke dalam mangkuk dan biarkan adunan naik 2 kali ganda (lebih kurang 2-3 jam).

     
  3. Setelah itu, tumbukkan adunan dan leperkan di atas dulang dan biarkan adunan naik lagi selama jam.
     
  4. Cucuk-cucuk dengan hujung jari.
     
  5. Letakkan bahan ‘topping’ dan bakar pada suhu 200C selama 25 minit.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .