Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:

175 gm tepung gandum
3 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Secubit garam
60 gm butter
1 sudu teh gula
100 gm kentang lenyek
1 sudu besar daun kucai – dihiris nipis
sudu besar daun ketumbar – dihiris
4 sudu besar susu segar
2 biji bawang besar – dihiris dan digoreng hingga lembut
sudu besar susu – untuk disapu ke atas scone
Sedikit bijan – untuk ditabur ke atas scone
 

Cara-caranya:
 

  1. Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk dan masukkan garam.  
    Masukkan butter dan ramas sehingga adunan menyerupai serbuk roti.

  2. Gaulkan gula, kentang lenyek, kucai,daun ketumbar dan bawang besar yang telah digoreng.  Tambahkan susu dan gaul sehingga doh menjadi lembut.

  3. Uli doh di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung.  
    Canaikan doh dan tekap dengan acuan bulat (atau apa – apa bentuk yang disukai) dan letakkan ke atas dulang pembakar.

  4. Sapukan susu di atas scone tersebut dan taburkan bijan.  
    Bakar pada suhu  220C selama 15 minit.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .