Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya :

800 gm udang sederhana besar, di buang kulit dan di belah belakangnya.
1 biji telur, dipukul sedikit
100 gm tepung jagung
2 camca besar bijan
250 ml Minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
5 biji bawang merah - dicincang halus
10 gm cili padi - dikisar kasar
2 camca besar sos plum
2 camca besar sos cili
3 camca besar perahan jus lemon
1 camca teh gula
garam dan serbuk lada putih secukup rasa.
 

 

 

Cara-caranya :

  1. Gaul udang dengan sedikit garam. 
    Kemudian lumur dengan telur, tepung jagung dan bijan sehingga sebati.

  2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan goreng udang sehingga garing.  
    Angkat dan toskan minyaknya.

  3. Di dalam periuk yang lain, panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah hingga kekuningan.  
    Masukkan cili padi dan biarkan hingga naik baunya.

  4. Kemudian masukkan sos plum sos cili dan jus lemon.

  5. Biarkan ia mendidih, seketika dan masukkan gula, garam dan serbuk lada putih. 
    Kacau rata.

  6. Susun udang yang telah digoreng di dalam pinggan dan tuang sos di atasnya.

  7. Hiaskan mengikut pilihan sendiri.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .