Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:
 

1 kg daging kambing
8 biji bawang besar dihiris
1 sudu besar bawang putih
1 sudu teh halia
4 sudu besar rempah briani
2 sudu besar badam
2 sudu besar gajus
5 biji tomato dibelah empat
cawan tairu
tin susu carnation
1 biji limau nipis
3 batang lada merah
3 batang lada hijau
50 sen daun ketumbar
50 sen daun pudina
5 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5cm kulit kayu manis
tin tomato puree
3 cawan air
garam secukup rasa
sedikit minyak sapi
Minyak masak

 

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak,dan masukkan minyak sapi, masukkan bawang besar yang telah dihiris,buah pelaga bunga cengkih dan kulit kayu manis . Goreng hingga layu.
  2. Masukkan bahan-bahan yang di blend, tomato puree dan daging kacau rata.  
    Masukkan lada merah dan hijau, daun pudina, daun ketumbar, 
    tomato biji dan air. Kacau rata.  Masak hingga daging masak.
  3. Kemudian masukkan rempah briani, tairu dan susu cair dan garam.  Kacau rata.
  4. Penghabisan, masukkan perahan air limau nipis dan mendidihkan sebentar.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .