Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:

  • 2 tin tuna- dihancurkan sedikit
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil bawang putih
  • 3 sudu besar cili boh
  • 1 biji lada merah 1 biji lada hijau
  • 1 sudu kecil lada sula
  • 3 biji limau kasturi- ambil airnya
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 3 biji telur seri murni
  • 2 tangkai daun sop
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak- untuk menggoreng

Sosnya:

  • 3 batang lada merah
  • sudu kecil bawang putih 4 sudu besar sos tomato
  • 4 biji limau kasturi

 

Cara - caranya
 

  1. Satukan tuna, lada hijau, lada merah, bawang putih, bawang besar yang dipotong dadu, daun sop, lada sula, telur, air limau kasturi dan garam. Kacau rata.
  2. Masukkan tepung sedikit-sedikit, gaul rata.
  3. Panaskan Minyak masak dan goreng bulat-bulat seperti cucur pisang.
  4. Bahan-bahan sos disatukan, kacau rata dan dimasak di atas api sebentar. Hidangkan bersama tuna goreng tepung.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

 

Copyright 1999-2001 Technicians .