Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:

  • 2 bungkus silken tofu
  • 8 ekor udang yang sedang
  • 3 ekor sotong
  • 1 sudu besar taucho
  • 2 biji telur
  • sedikit air
  • sedikit tepung jagung
  • 1 sudu kecil lada sula
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu biji bawang besar- dihiris halus
  • sudu besar bawang putih
  • 1 batang lobak merah
  • 1 tin kecil cendawan
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak – untuk menggoreng

 

Cara-caranya
 

  1. Tofu dipotong 4, taburkan sedikit tepung jagung hingga rata, panaskan Minyak masak dan goreng tahu hingga kuning.
     
  2. Panaskan sedikit Minyak masak, masukkan bawang besar, bawang putih yang telah dikisar, tumis hingga wangi. Masukkan tachu, tumis lagi.
     
  3. Masukkan sotong yang telah dipotong dan sedikit air dan masukkan udang, lobak yang telah dihiris dan cendawan, kacau rata.
     
  4. Masukkan tofu yang telah digoreng, ratakan.
     
  5. Panaskan hot plate, tuang sedikit Minyak masak, ratakan, pukul 2 biji telur, garam dan lada sula. Kemudian tuang di hot plate hingga rata agak masak telurnya, masukkan bahan-bahan di atas dan ratakan. Hidangkan.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

 

Copyright 1999-2001 Technicians .