Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:

  • 800g daging lembu- dipotong tipis
  • 1kg beras briani
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 1 sudu kecil halia
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan kasar atau jintan manis
  • 1 sudu besar lada sula
  • 4 potong bunga cengkih
  • 4 biji pelaga
  • 2 batang kulit kayu manis
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak
  • bawang goreng untuk hiasan
  • sedikit bawang goreng untuk dimasukkan ke dalam nasi  

 

Cara-caranya:
 

  1. Panaskan sedikit Minyak masak, tumis  bawang putih dan halia, kacau rata, masukkan daging, garam dan masak hingga daging empuk.
     
  2. Angkat daging, toskan sebelum digoreng.
     
  3. Panaskan Minyak masak, tumis bahan-bahan kisar seperti bawang putih, bawang kecil, halia, masukkan ketumbar, jintan, lada sula,kayu manis buah pelaga,bunga cengkih dan juga daging, masak hingga kekuning-kuningan.
     
  4. Masukkan beras dan goreng perlahan-lahan hingga rata. Untuk peringatan, ukur dulu beras brianinya di dalam mangkuk, kemudian dengan mangkuk yang sama ukur air rebusan daging.
     
  5. Masukkan air daging ke dalam beras dan sedikit bawang goreng dengan api perlahan, masak hingga nasi tanak. Hiaskan dengan bawang goreng.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

 

Copyright 1999-2001 Technicians .