Menu Nasi Herba Ponni

  1. Nasi bukhari
  2. Nasi Briyani Gham
  3. Nasi Ulam Ponni Istimewa
  4. Nasi Pilaf Udang Berjanggut
  5. Nasi Ayam Chef Wan
  6. Bubur Aneka
  7. Ayam Klasik Dua Benua
  8. Mee Goreng Serai Berempah
  9. Kasbah
  10. Makaroni Daging
  11. Salad Kentang
  12. Tulang Lembu Gulai Kampung
  13. Nasi Goreng Bertahta
  14. Nasi Kitcheri Udang
  15. Kari Ikan Asin
  16. Nasi Keladi Herba Ponni
  17. Daging Masak Bunga Kantan
  18. Al-Huraira Soup (MOROCCO)
  19. Kufta Bakar Dengan Kentang
  20. Nasi Kari
  21. Kari Kofta
  22. Nasi Minyak Wawasan
  23. Acar Limau
  24. Ayam Gurih
  25. Nasi Seni Rasa
  26. Daging Kambing Masak Arab
  27. Nasi Carrot Daging
  28. Kerutub Hati
  29. Nasi Berempah Herba Ponni
  30. Ikan Mayang Sari

 

 


Bahan-Bahan

Sukatan Air

Cara Memasaknya:

  1. Tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan tomato dan rempah FAIZA BUKHARI, tumis sehingga mengeluarkan minyak.
  3. Masukkan air rebusan daging tadi dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan daging dan beras. Tambah garam secukup rasa. Seelah airnya kering, kecilkan api dan biarkan nasi tanak.Hidangkan bersama pencuk nenas.

 


Bahan-Bahan:

Cara menyediakannya:

  1. Cili hijau, bawang putih dan halia dikisar halus.
  2. Satukan bahan-bahan kisar, ayam, tairu, minyak sapidan garam. Perap 10 - 15 minit.
  3. kemudian masukkan rempah BERIANI FAIZA, daun pudina, daun ketumbar, hirisan tomato dan bawang goreng.
  4. Masak sehingga separuh kering
  5. Tuang susu cair pada ayam. Kacau rata dan angkat.
  6. Jerang air hingga mendidih. Masukkan kulit kayu manis, pelaga dan cengkih. Masukkan beras. Kacau sekali-sekala sehingga ¾ masak. Sejat beras.
  7. Masukkan sebahagian beras ke dalam periuk lain.
  8. Lapiskan dengan sebahagian daripada lauk ayam yang telah dimasak tadi.
  9. Tutup lauk dengan sebahagian lagi beras.
  10. Renjiskan kom-koma atau pewarna kuning pada beras.
  11. Akhir sekali letakkan sebahagian lagi lauk ayam. Tutup dan tanak hingga masak menggunakan api kecil.

* Panduan:
Jika ingin cepat naik wap dan nasi cepat masak, lapik tutup periuk dengan kain putih, baru ditutup periuk.

 


(Bahan-bahan di atas dimasak umpama menyediakan nasi lemak)

Bahan-bahan ulam:

Cara menyediakannya:
1. Nasi yang sejuk digaul dengan bahan-bahan ulam sehingga rata sebelum disajikan.

 


Bahan-bahan untuk udang:

Bahan-Bahan Untuk Nasi:

Cara menyediakannya:

  1. Panaskan 4 camca besar mentega dan layukan bawang putih, udang dan serbuk ketumbar sehingga wangi. Masukkan lada putih, tairu serta garam dan daun ketumbar. Asingkan sebentar
  2. Untuk menyediakan nasi, panaskan mentega dan layukan bawang besar, halia, bawang putih dan masak sehingga kuning keemasan.
  3. Masukkan air rebusan ayam, serbuk kunyit, sup bunjut serta tairu dan garam. Apabila air mula mendidih, barulah dimasukkan beras dan juga jagung. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih pada api yang sederhana. Setelah nasi kering bolehlah digaulkan bahan-bahan udang tadi. Hiaskan daun bawang, bawang goreng serta daun ketumbar di atas.

 


Nasi:

Ayam:

Cara-cara menyediakannya:

Nasi;

  1. Cairkan merjerin di dalam periuk panas dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
  2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
  3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

Ayam;

  1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia, bawang putih dan kicap. Lumur pula dengan marjerin. Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.
  2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180°C/350°F selama 30 - 40 minit sehingga masak.
  3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

 


Bahan-bahan:

Cara menyediakannya:

  1. Masak beras dan kacang dhal bersama air sehingga lembut menyerupai bubur. Tambah air panas dari masa ke semasa.
  2. Setelah nasi mulai lembut, masukkan santan, udang kering, lobak merah dan bahan-bahan yang digoreng bersama minyak sapi tadi.
  3. Masukkan daun sup, bawang, garam dan lada putih. Didihkan bubur ini selama 10 minit lagi.
  4. Sebelum dihidangkan, masukkan ikan masin dan udang basah ke dalam bubur atau ditaburkan sahaja diatasnya.

*Nota: Untuk kelainan, boleh juga dimasukkan 2 camca besar kerisek.

 


 

1. NASI BUKHARI HERBA PONNI

Bahan-bahan:

10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 paket REMPAH BUKHARI

Untuk nasi
½ tin susu cair
1 biji limau nipis (dijadikan tairu)
2 cawan Beras Faiza Herba Ponni Taj Mahal
4 cawan air
1 biji bawang besar
5 biji telur rebus (untuk hiasan)
3 biji lada hijau
1 tin kecil minyak sapi
½ kilo ayam/daging
3 biji tomato

Cara membuatnya:

1. Ayam direbus dengan air dan garam. Biarkan masak. Bawang besar dihiris dan digoreng. Tomato dihiris, lada hijau ditumbuk dan dicampurkan dengan tairu.

2. Tumis bahan giling hingga wangi. Masukkan ayam, air rebusan, tomato hiris, tairu dan beras.

3. Bila kering, taburkan daun kari dan daun saderi. Tutup periuk dan biarkan nasi masak. Hidangkan dengan telur rebus dan bawang goreng.

 


 

2. AYAM KLASIK DUA BENUA.

Bahan-bahan:

5 - 6 keping ayam
7 tangkai cili hijau (dibelah dua)
4 biji bawang besar (dipotong 4)
2 biji tomato
3 sudu besar daun ketumbar
1 tin susu cair
2 biji limau diambil jusnya sahaja
1 sudu besar minyak sapi
1 paket REMPAH RAJA KARI
300gm kentang rebus dan goreng
5 biji telur rebus garam secukup rasa
sedikit gula dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bahan giling dan serbuk cili hingga garing dan wangi

2. Masukkan ayam,rempah, susu cair yang dicampurkan air limau nipis, garam dan gula secukupnya.

3. Masukkan kentang, telur, tomato, bawang besar serta lada hijau. Kacau rata.

4. Biarkan ayam masak dan kuah menjadi kering.

5. Hidangkan dengan taburan bawang goreng.

6. Jika suka, ayam ini juga boleh dipanggang

 


 

3. MEE GORENG SERAI BEREMPAH

Bahan-bahan:

750gm mee kuning
150gm sawi dikerat
150gm udang basah
3 biji buah tomato (dibelah-belah)
2 batang serai dihiris halus
½ tin kacang peas
1 cawan minyak masak
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 sudu besar REMPAH BUKHARI
2 cm halia 2 sudu besar tomato puri
25 gm cili kering garam secukup rasa

Bahan-bahan tabur:

100gm bawang goreng
20sen daun sup dan daun bawang dihiris
Cili hijau jeruk (mengikut keperluan)
1 batang timun dihiris


Cara membuatnya:

1. Giling cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Panaskan minyak dan tumis serai, bahan-bahan giling dan rempah hingga semuanya garing serta wangi. Masukkan tomato puri, daging, udang dan garam serta biarkan masak hingga daging empuk.

3. Masukkan pula sawi, tomato dan kacau rata. Akhir sekali masukkan mee dan kacau lagi hingga rata dan masukkan kacang peas.

4. Hidangkan semasa masih panas dan taburkan bahan-bahan taburannya.

 


 

4. KABSAH

Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong empat
2 cawan beras Basmathi
1 biji bawang besar
1 biji buah tomato
1 sudu besar tomato puri
½ cawan mentega
1 sudu besar REMPAH BERIANI
3 cawan air garam secukup rasa


Cara membuatnya.

1. Ayam dibersihkandan diperap dengan sedikit garam

2. Panaskan mentega dan tumis bawang hingga warna keemasan

3. Masukkan ayam biarkan 3 minit masukkan tomato, tomato puri, air, garam, rempah dan biarkan ayam separuh masak.

4. Kemudian masukkan beras yang telah dicuci dan masak hingga nasi tanak

 


 

5. MAKARONI DAGING

Bahan-bahan:

500gm macaroni
500gm daging lembu cincang
500gm bawang besar dihiris
10 biji telur
½ tin tomato puri (kecil)
1 cm halia
1 sudu besar REMPAH BERIANI
5 ulas bawang putih
4 tangkai daun sup/daun bawang dihiris
2 tangkai lada merah (hiris untuk hiasan)
1 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 cawan air sedikit minyak masak untuk menumis garam secukup rasa.

Cara membuatnya.

1. Makaroni direbus dengan sedikit garam hingga lembut dan toskan airnya lalu gaul dengan sedikit minyak supaya tidak melekat.

2. Goreng separuh bawang besar hingga kuning, (ketepikan).

3. Panaskan minyak, tumis separuh bawang besar, halia, bawang putih yang sudah dilumatkan. Bila layu masukkan tomato puri, air dan daging lembu cincang.

4. Dalam mangkuk gaul bahan daging, macaroni, 7 biji telur, daun sup/daun bawang, lada hitam, rempah, lada hijau, bawang goreng dan garam hingga rata.

5. Masukkan adunan dalam pyrex dan bakar dengan kepanasan 350c. bila adunan kekuningan, siramkan baki telur, tabur lada merah dan bakar lagi selama 5 minit 6. Hidangkan dengan sos cili

 


 

6. SALAD KENTANG

Bahan-bahan:

1 kg kentang
½ ikat daun ketumbar
1 ½ biji jus lemon
1 sudu besar bawang putih dicincang
½ sudu besar garam
¼ cawan minyak
1 sudu besar SERBUK RAJA KARI
Minyak secukupnya untuk menumis


Cara membuatnya:

1. Kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.

2. Panaskan minyak dan tumis kentang lalu ditoskan

3. Tumis bawang putih, masukkan daun ketumbar dan rempah kari hingga wangi. Masukkan jus lemon, garam serta kentang dan dikacau hingga rata. Sedia untuk dihidangkan