Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:

  • 1 kg beras briani (Beras Basmati) 4 labu bawang besar dihiris
  • 1 sudu besar bawang putih
  • 1 sudu kecil halia 5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • tin susu cair
  • 1 sudu besar badam dikisar
  • 1 sudu besar gajus dikisar
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun pandan
  • 30 sen daun pudina
  • 30 sen daun ketumbar
  • sedikit pewarna kuning
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • Campur 5 sudu besar Minyak masak 

 

 

Cara-caranya:
 

  1. Ukur air sama banyak dengan beras.  Beras dibasuh, rendam dalam 10 – 15 minit dan di toskan.
     
  2. Panaskan Minyak masak dan minyak sapi.  Masukkan bawang yang telah dihiris.  Goreng hingga layu kemudian masukkan bawang putih dan halia.  Kacau rata.
     
  3. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih,serai dan daun pandan. Kacau hingga rata.
     
  4. Masukkan badam, gajus, garam, susu cair dan air.  Kacau rata.
  5. Apabila air agak mendidih, masukkan beras.  Kacau rata.  Masak hingga masak.
  6. Kemudian renjiskan nasi dengan pewarna kuning dan taburkan daun pudina dan daun ketumbar.  Masak hingga nasi tanak.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright 1999-2001 Technicians .