Bahan-bahannya:

  • 200 gm brokoli
  • 100gm kapsikum atau lada benggala warna hijau atau merah
  • 100gm lobak merah
  • 100gm bunga kobis
  • 150gm kecipir
  • 10 biji telur burung punyuh
  • 3 atau 4 batang lada merah
  • 1 sudu kecil bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada sula
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak- untuk menumis  

 

 

Cara-caranya:
 

  1. Potong sayur-sayur seperti yang dikehendaki.
  2. Panaskan Minyak masak. Masukkan bawang putih dan lada merah yang ditumbuk, kacau rata.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air kemudian masukkan garam, lobak merah dan brokoli. Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang lain, baki air masak sayur hingga masak.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

 

Copyright 1999-2001 Technicians .