Make your own free website on Tripod.com

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap yang sedang
3 ulas bawang merah- dikisar
sudu besar bawang putih
2 sudu besar sos tiram
1 biji limau nipis
1 sudu kecil lada sula
1 biji telur seri murni
cawan tepung sagu
garam secukup rasa
Minyak masak- untuk menggoreng
Daun salad sebagai hiasan
 

Sosnya:

2 batang lada merah- dikisar halus
sudu kecil bawang putih
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air limau kasturi
1 sudu besar gula pasir
 

Cara-caranya:
 

  1. Ikan siakap dibersihkan, dibelah seperti “fillet”. Kemudian isi ikan, dipotong anggaran 1 cm. Kepala ikan dan tulangnya jangan dibuang, ambil sedikit tepung sagu, gaul kepala dan tulangnya hingga rata, goreng hingga garing.
  2. Gaulkan bawang merah, bawang putih yang telah dikisar, sos tiram, air limau nipis, lada sula dan garam hingga rata, masukkan isi ikan dan kacau hingga rata.
  3. Kemudian isi ikan dcelupkan ke dalam telur yang telah dipukul, masukkan tepung sagu, gaul hingga rata. Kemudian digoreng hingga garing.
  4. Hiaskan isi ikan di atas tulang ikan tadi, hiaskan dengan daun salad.
  5. Satukan  bahan-bahan sos, kacau rata dan masak sebentar. Hidangkan dengan ikan di atas.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

 

Copyright 1999-2001 Technicians .