Make your own free website on Tripod.com

(Kare-Kare)

Bahan-bahannya:

1 kg daging lembu – dipotong 1 ½cm besar
4 biji bawang besar – dihiris
1 sudu besar bawang putih
1 sudu kecil halia
2 batang lobak merah – dipotong dadu
5 batang daun saderi – dipotong  dadu
1 biji kapsikum – dipotong dadu
3 biji tomato – dipotong dadu
½ cawan beras – disangar hingga kuning dan dikisar
3 sudu besar tomato puree
2 sudu besar lada hitam
garam secukup rasa
air untuk merebus daging
Minyak masak
 
 

Cara-caranya:

  1. Rebus daging hingga ½ empuk.
    Ketepikan.
     
  2. Panaskan Minyak masak, masukkan bawang besar, bawang putih, tomato puree, lada hitam, halia dan tumis hingga bangkit baunya.
    Masukkan beras yang telah dikisar.
    Kacau rata.
     
  3. Masukkan sayur-sayuran yang dipotong dadu dan daging rebusan dan masak hingga sayur ½ masak.
    Hidangkan.

 


| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright © 1999-2001 Technicians .