Bahan-bahannya :

300 gm daging batang pinang – dihiris nipis
2 camca besar Minyak masak
2 camca teh bawang puih yang dicincang
½ cawan air
1 cawan rebung                      }
½ cawan lada merah cameron } dihiris nipis
½ cawan batang saleri             }
½ cawan sengkuang cina         }
2 camca besar sos Hoisin

Campuran bahan pemerap untuk daging

½ camca teh garam
½ camca teh gula
1 ½ camca teh kicap
1 camca teh tepung jagung

Sos

1 camca besar sos Hoisin        }
2 camca kecil cuka                  }
2 camca kecil sos tiram            } dicampurkan dalam mangkuk
1 camca kecil gula                    }
1 camca besar minyak bijan      }
1 ½ camca kecil tepung jagung }
 

Cara-caranya :
 

  1. Campurkan bahan pemerap dengan daging dan perapkan seketika.
     
  2. Panaskan kuali dengan Minyak masak.
    Masukkan bawang putih dan daging.
    Kacau dan tutupkan  kuali untuk dua minit.
     
  3. Masukkan rebung, lada merah cameron, saleri dan sengkuang, kemudian kacau untuk 1 minit lagi.
     
  4. Masukkan campuran sos dan masak hingga pekat.
    Hidangkan segera.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright © 1999-2001 Technicians .