Bahan - bahannya :

600 gm isi kerang
1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
1 sudu kerisik

10 tangkai cili kering     }
5 biji cili padi                }
2 batang serai               }
5 biji bawang merah     }
1 ulas bawang putih      } dikisar
1 inci halia                    }
1 inci lengkuas             }
1 inci kunyit hidup        }

1 helai daun kunyit            } separuh dikisar dan
1 helai daun limau purut    } separuh lagi dihiris

Minyak masak untuk menumis
Asam, garam dan gula secukup rasa
 

 

 

Cara-caranya:
 

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga agak kering.
     
  2. Masukkan isi kerang, kemudian masukkan santan.
     
  3. Masukkan hirisan daun kunyit, daun limau purut, asam, garam dan gula secukup rasa.
     
  4. Bila agak pekat, masukkan kerisik dan biarkan selama 5 minit di atas api sehingga pekat, baru diangkat

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright © 1999-2001 Technicians .