Bahan-bahannya :

1 kg daging kambing biri-biri – didadu
150 ml tairu
75 gm badam kisar
2 camca kecil garam masala
2cm halia – di cincang halus
6 biji bawang putih – dicincang halus
2 camca besar serbuk cili
1 tin tomato biji – sederhana besar
3 biji bawang besar – didadu
Segengam daun ketumbar – dicincang halus
3 biji cili hijau – dicincang halus
2 camca kecil serbuk jintan manis
Jus dari sebiji lemon
4 biji buah pelaga
4 camca besar Minyak masak
 

Cara-caranya:
 

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih dan buah pelaga.

  2. Masukkan daging, serbuk cili, jintan manis, garam masala dan badam.  
    Masakkan selama 5 minit pada api yang sederhana.

  3. Masukkan buah tomato dan sedikit air, biarkan sampai daging empuk.  
    Kemudian masukkan tairu, jus lemon dan ketumbar serta garam.  
    Didihkan 5 minit lagi.

  4. Sajikan sebaik-baiknya semalaman selepas dimasak.

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

Copyright © 1999-2001 Technicians .