Bahan-bahannya:

 
½ kg ikan kembung
250gm kelapa parut- dibuang kulit arinya
5 ulas bawang merah
1 sudu besar bawang putih
1 sudu kecil halia
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada sula
2 batang lada merah
2 helai daun kunyit
3 tangkai daun kesum
1 sudu besar asam- ambil airnya 4 sudu besar
2 biji telur seri murni
garam secukup rasa
sedikit gula
Minyak masak
 

Cara - caranya
 

  1. Ikan dibersihkan, keluarkan isinya, tulangnya dibuang, tumbuk isi ikan hingga lumat.
     
  2. Kelapa parut disangar sebentar sahaja, kemudian dikisar halus,
     
  3. Daun merah, bawang putih dan halia dikisar halus. Ketumbar, jintan disangar dan dikisar.
     
  4. Daun kunyit, daun kesum dan lada merah dihiris halus.
     
  5. Semua bahan-bahan di atas digaul hingga rata, masukkan air asam, garam dan gula kacau rata.
     
  6. Isikan bahan-bahan di atas, ke dalam kulit ikan, masukkan jangan terlalu banyak isinya.
     
  7. Pukul telur, panaskan Minyak masak, celupkan ikan ke dalam minyak dan goreng hingga kekuning-kuningan.

 

| Menu resepi | Koleksi resepi | keHomepage |

 

Copyright © 1999-2001 Technicians .